Adidas House Party kolaborasi dengan Vespa di Malaysia

2009 menandakan telah genap ulangtahun ke 60 bagi Adidas yang mula diperkenalkan oleh pengasasnya iaitu Adi Dassler pada tahun 1949.
Bersempena hari ulangtahun yang gilang gemilang itu, maka Adidas telah menganjurkan keraian yang melibatkan sebanyak 5 buah negara benua Asia, pada hari yang sama 27 February 2009. Seramai lebih 3000 orang termasuk Singapura, Malaysia, Thailand , Indonesia , Philipines akan bersama dalam satu malam.
Rentetan berikut, House Party di Malaysia pula telah pun diadakan di Zouk Club KL. Di mana seramai lebih 30 orang pembawa vespa berarak mengelilingi bandar dengan hiasan belon dan tampalan stiker adidas yang cukup menceriakan ruang2 di vespa. Durasi masa bermula pada pukul 7mlm - 745mlm.
Seterusnya vespa disusun kemas dan sessi mengambil gambar mengisi agenda seterusnya. Peserta yang telah disenarai pendek telah pun diumumkan dan bakal bersaing dengan vespa dari 5 buah negara tadi. Semoga vespa dari negara Malaysia mampu memberi saingan pada pencabar di negara jiran.
Tahniah buat yang turut serta dan terlibat dalam kolaborasi dengan pihak Adidas. Sebarang kekurangan dari pihak penganjur kami dahului dengan ribuan kemaafan. Semoga di edisi mendatang lebih banyak aktiviti bakal diadakan buat warga vespa sekalian.
Label: Adidas House Party kolaborasi dengan Vespa di Malaysia
posted by Admin @ 8:43 PG,
,
![]()











